Lempeng Pisang Berkelapa

Ramuan / Bahan

2 sisir pisang masak
tepung gandum
gula
kelapa parut (ambil yg putih sahaja)
garam
daun pisang

Cara-cara

1. Kelapa parut digaul dengan garam. Ketepikan
2. Lenyekkan pisang sehingga hancur
3. Masukkan tepung dan gula ke dlm pisang yg telah hancur tadi dan gaul rata
4. Ceduk sesenduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal
5. Ratakan campuran kelapa dan garam di atas adunan pisang kemudian lipat dua
6. Bakar di atas non-stick pan sehingga daun pisang tadi nampak hangus sedikit
7. Angkat dan makan semasa ia masih suam