Tempeyek Jawa

Ramuan / Bahan

1 kilo tepung beras
1 ringgit buah keras(dikisar halus)
50 sen bawang putih(dikisar)
50 sen bawang merah(dikisar)
1 ringgit biji ketumbar(dikisar)
50 sen jintan manis(dikisar)
50 sen jintan putih(dikisar)
6 helai daun limau purut(dihiris halus)
50 gm udang geragau
100 gm ikan bilis halus
Garam
Minyak masak
Air

Cara-cara

Bahan-bahan yang dikisar dicampukan ke dalam tepung dan dibancuh bersama air. Kepekatan bancuhan hendaklah sama seperti membuat rempeyek biasa. Cuma bezanya dicampurkan hirisan daun limau purut.Sesudah itu masukkan garam secukupnya.Panaskan minyak yang penuh dalam kuali.Ambil sedikit bancuhan tadi kedalam mangkuk yang berasingan dan dimasukkan udang & ikan bilis sedikit-sedikit.Tebarkan bancuhan tadi di tepi bibir kuali yg dipenuhi dengan minyak supaya bancuhan tepung tidak melekat dan mudah tanggal dgn sendiri. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Ulangi proses tadi hingga habis.Sejukkan dan sedia untuk di makan.