Tat Buah

Ramuan / Bahan

Untuk Krim Kastard:
100 gm susu segar
250 gm kuning telur
100 gm tepung jagung
225 gm gula
Buah-buahan secukupnya (untuk hiasan) Untuk Doh Manis:
250 gm mentega
250 gm gula
500 gm tepung
2 biji telur

Cara-cara

Untuk membuat Doh Manis, pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu & pukul lagi hingga rata. Akhir sekali masukkan tepung & uli hingga sebati sebelum didinginkan dalam peti sejuk. Ketepikan. Untuk membuat krim kastard, masukkan kesemua bahan krim ke dalam periuk & kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat. Bila sudah masak, dinginkan dalam peti sejuk. Untuk membuat kulit tat, doh tadi dicanai setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat. Kemudian letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan sebelum dibakar selama 10 minit pada suhu 180C. Kulit tat yang sudah masak diisi dengan krim kastard sebelum dihiaskan dengan buah-buahan.