Sarang Burung Emas

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
80 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen badam
1 sudu teh pewarna kuning
116 gm tepung halus
40 gm tepung kastard
80 gm tepung berserbuk penaik Bahan-bahan hiasan:
Gula warna
Coklat urai

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang dan putih. Masukkan kuning telur bersama esen badam dan pewarna kuning, putar sebentar hingga ia sebati. Masukkan tepung halus bersama tepung kastard dan tepung berserbuk penaik. Kacau hingga ia sebati. Kemudian masukkan adunan di dalam pelecek kentang dan tekan di atas tin pembakar yang dilengser dengan sedikit mentega (yang keluar, doh seperti mi). Ambil sedikit, bulatkan. Buat hingga habis doh. Tabur gula warna dan coklat urai di atasnya. Bakar ia pada suhu 180C selama 15-20 minit.