Roda Kaskas

Ramuan / Bahan

50 gm gula halus
90 gm mentega, dilembutkan
½ biji telur ayam
135 gm tepung serba guna
¼ camca teh esen vanila 30 gm walnut, dikisar halus
40 gm kaskas
45 gm madu
½ camca teh parutan kulit limau
Secubit serbuk kulit kayu manis

Cara-cara

Pukul gula dan 60 gm mentega hingga kembang. Masukkan telur, tepung, esen vanila. Gaul sebati. Bentukkan adunan seperti sebiji bola. Bungkus adunan dengan plastik dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Gaul walnut, kaskas, madu, parutan kulit limau, serbuk kulit kayu manis dan baki 30 gm mentega hingga sebati. Letakkan adunan yang disejukkan tadi di dalam plastik dan canai setebal 1.25 cm serta menjadi segi empat bujur berukuran 25 x 20 cm. Ratakan campuran kaskas pada adunan dan gulung seperti gulungan Swiss. Sejukkan adunan semula di dalam peti sejuk (sejam) hingga adunan keras sedikit. Potong adunan membulat setebal 0.6 cm atau 5 mm dan bakar 10-12 minit pada suhu 180'C.