Mihun Sos Kicap

Ramuan / Bahan

1 bungkus mihun
250 gm daging - dipotong kecil
1 paket kuih ikan - dipotong nipis
4 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
Daun bawang - dihiris
100 gm sawi
5 tangkai cili padi - ditumbuk Garam dan bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Kicap secukupnya
3 tangkai cili merah - dihiris
4 sudu besar perahan limau nipis (bahan kuah kicap)
8 tangkai cili padi - hiris (bahan kuah kicap)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (bahan kuah kicap)
2 sudu besar kicap pekat (bahan kuah kicap)

Cara-cara

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging dan dua sudu besar kicap pekat dan gula, kacau hingga daging empuk. Masukkan kuih ikan, cili padi serta sawi. Balik-balikkan selama seminit. Lalu masukkan mihun, cili merah dan daun bawang. Kacau hingga masak, hidangkan bersama kuah kicap. Untuk menyediakan kuah kicap, satukan semua dan gaul rata, hidangkan bersama mihun.