Kurma Gulung

Ramuan / Bahan

Susu pekat
2 biji telur
325 gm tepung
125 gm mentega
150 gm gula halus ¼ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanila
20 biji kurma, buang biji dan belah empat

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Pukul telur dan perlahan-lahan masukkan tepung serta esen vanila. Uli sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Canaikan doh sehingga 1/2 cm tebal dan potong dadu 3 cm. Sapu sedikit susu pekat di setiap dadu dan letak kurma setiap satu. Gulungkan tiap-tiap dadu tadi dan atur di atas bekas pembakar yang siap disapu minyak. Bakar menggunakan api sederhana 20 - 25 minit atau sehingga coklat. Sejukkan sebelum dihidang.