Mekar Pudina

Ramuan / Bahan

100 gm keju krim, dibiar lembut
15 gm mentega
½ camca teh esen pudina 500 gm gula aising, diayak
Pewarna, ikut suka
Ceri dan kulit limau, untuk hiasan

Cara-cara

Putar keju krim bersama mentega, esen pudina dan gula hingga kental. Gunakan pemutar pastri. Bahagikan adunan empat bahagian dan warnakan sesuka hati. Masukkan adunan ke dalam beg paiping berasingan dan picit seperti bunga ke atas tin beralas kertas minyak. Hias ceri atau kulit limau di atas adunan. Biar biskut kering, kira-kira 24 jam baru disimpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk. Keluarkan 20 minit sebelum dihidangkan.