Mafin Marmalade

Ramuan / Bahan

300 gm tepung berserbuk penaik
235 gm mentega
100 gm gula halus
1 camca teh perasa oren
3 biji telur
3 camca besar hirisan kulit oren
4 ulas oren (dikisar)
1 camca besar perasa oren botol
1 camca teh Marmalade
50 gm halwa mangga kering (dikisar) Bahan untuk kuah:

1 biji kuning telur (dipukul sedikit)
4 camca besar gula halus
¼ cawan air
½ cawan perahan oren

Cara-cara

Kacau sehingga rata tepung berserbuk penaik bersama mentega. Masukkan gula halus, perasa oren dan telur sebiji demi sebiji, kemudian putar.

Masukkan hirisan kulit oren, oren dikisar, Marmalade dan halwa mangga kering. Kacau rata.

Panaskan acuan berlengser mentega dan masukkan adunan. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit.

Untuk kuah, kacau kuning telur, gula halus, air dan perahan oren sehingga ia sebati. Panaskan seketika di atas api yang perlahan sehingga pekat dan diangkat.