Mafin Kopi

Ramuan / Bahan

220 gm tepung berserbuk penaik
225 gm mentega
80 gm gula halus
1 camca teh esen vanila
4 biji telur
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk kopi
Coklat masakan
2 camca besar mentega
500 ml krim segar Bahan untuk kuah:

320 ml susu cair
1 biji kuning telur
4 camca besar gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 cawan air
1 camca besar minyak kopi

Cara-cara

Kacau rata tepung berserbuk penaik bersama mentega. Masukkan gula, esen vanila dan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga ia kembang.

Masukkan serbuk koko dan serbuk kopi dan kacau sehingga ia rata.

Panaskan acuan berlengser mentega dan masukkan adunan. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit.

Untuk hiasan, panaskan coklat masakan, mentega dan krim segar di atas api yang perlahan. Kacau sehingga ia pekat dan diangkat.

Untuk kuah, pukul susu cair dan telur sehingga ia kembang. Masukkan gula, tepung kastard, air dan minyak kopi kacau sehingga ia pekat dan diangkat.

Untuk kuah, pukulkan susu cair dan telur sehingga ia kembang. Masukkan gula, tepung kastard, air dan minyak kopi, kacau rata.Panaskan di atas api yang perlahan dan apabila pekat barulah diangkat.