Kuih Udang Goreng

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung berserbuk penaik
150 gm udang, sederhana besar
2 biji telur
1 camca teh serbuk kunyit
Garam secukupnya Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
2 tangkai daun sup
Sedikit tauge

Cara-cara

Tepung dibancuh bersama air. Masukkan telur, udang, tauge, daun sup, kunyit dan garam. Kacau hingga sebati. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bancuhan seperti menggoreng jemput-jemput. Apabila siap hidangkan bersama kuah kacang atau kuah cili.