Kipas Seri Indah

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
¾ cawan gula kastor
1 biji telur
3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanila
1 cawan walnut cincang
3 sudu besar jem strawberi
Kuning telur, chocolate ball dan badam -dicincang (bahan hiasan)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga sedikit kembang campurkan esen vanila dan telur, kacau rata. Masukkan tepung diikuti jem dan gaul hingga menjadi doh lembut. Canai dan terap dengan acuan kipas. Sapu kuning telur, tabur chocolate ball dan badam cincang. Bakar hingga masak.