Kipas Bergula

Ramuan / Bahan

180 gm mentega
120 gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
1 sudu teh perahan limau oren
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Bahan-bahan diayak:
245 gm tepung halus
45 gm tepung jagung
1 sudu teh soda penaik
1 sudu teh garam Bahan-bahan gula hiasan:
250 gm gula serbuk
1 sudu besar perahan limau oren
½ sudu besar air suam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Putar mentega bersama gula perang hingga ia kembang. Masukkan esen vanila bersama perahan limau oren, serbuk kulit kayu manis dan Bahan-bahan diayak bersama. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Canai doh setebal 4 mm. Terap doh dengan acuan bentuk kipas. Buat hingga habis dos. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Biar ia sejuk. Hias gula atasnya. Untuk membuat gula hiasan, satukan serbuk bersama perahan limau oren, air suam dan pewarna hijau di dalam mangkuk. Kacau hingga ia sebati.