Jejari Serpihan Coklat Berkelapa

Ramuan / Bahan

125 gm marjerin
125 gm mentega
85 gm gula kastor
85 gm gula perang

Bahan-bahan diayak bersama sebanyak dua kali:
320 gm tepung halus
60 gm tepung
20 gm tepung kacang hijau
2 sudu teh garam
2 sudu teh soda penaik Bahan-bahan hiasan:
100 gm coklat masakan
1 sudu besar minyak jagung
Serpihan coklat secukupnya
Kelapa kering secukupnya

Cara-cara

Putar marjerin bersama mentega, gula kastor dan gula perang hingga ia kembang. Masukkan Bahan-bahan diayak bersama. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh lembut. Masukkan sedikit doh di dalam beg aising. Picit adunan 6 cm panjang di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Buat hingga habis doh. Bakar ia pada suhu 180C selama 20 minit. Keluarkan. Biar ia sejuk. Celup kedua-dua hujungnya di dalam coklat masakan yang dicairkan bersama dengan minyak jagung. Kemudian celup hujung pertama di dalam serpihan coklat dam hujung dengan kelapa kering.