Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Jejari Pala Berherba

Ramuan / Bahan

½ camca teh garam halus
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1 camca teh pes biji sawi (mustard)
1 camca teh serbuk pala
50 gm minyak sapi 50 gm mentega
1 camca besar hirisan daun sup (daun sahaja)
1 camca besar daun bawang
1 camca teh parutan kulit limau nipis
1 keping keju, dihiris kecil
1 biji kuning telur

Cara-cara

Gaul dan ramaskan garam, tepung gandum, tepung beras, pes biji sawi, serbuk pala, minyak sapi dan mentega. Masukkan daun sup, daun bawang, parutan kulit limau, keju dan kuning telur. Uli adunan perlahan-lahan menjadi doh. Canai adunan setebal 3 mm dan potong memanjang bentuk jejari. Susun adunan di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 190'C atau hingga keperangan. Simpan biskut di dalam bekas kedap udara apabila sejuk.