Kuih Tiram

Ramuan / Bahan

1 botol minyak untuk menggoreng
600 gm tepung gandum
2 biji telur
2 cawan gula halus
1 sudu teh serbuk penaik
2 cawan air panas suam Bahan-bahan inti:
½ cawan minyak kelapa
½ cawan tepung gandum

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang. Masukkan tepung dan serbuk penaik, uli dengan air suam sampai lembut. Canai nipis-nipis dan masukkan inti, kemudian digulung dan dipotong nipis-nipis. Canai semula, baru digoreng. Angkat bila sudah kuning dan toskan minyak. Taburkan gula hangus apabila sejuk dan simpan. Untuk membuat inti, panaskan minyak kelapa dalam kuali. Goreng tepung sehingga kekuningan. Sejukkan.