Halwa Maskat

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung gandum (12 auns)
12 auns gula batu
12auns gula putih
1 helai daun pandan
1 biji kuning telur
1 botol minyak
6 biji buah pelaga 1 cawan minyak sapi
1 sudu tepung kastad
1-2 sudu pewarna kuning
4 titik pewarna merah

Cara-cara

Bancuh tepung dgn 5 cawan air dan tapis tepung dengan kain jarang. Keringkan tepung selama 3 jam buang air yang jernih (ambil tepung yang mendap) masak gula dan daun pandan dengan 4 cawan air. Masukkan kuning telur dlm air yang mendidih dan tapis. Masukkan pewarna,campurkan air gula dengan tepung yang mendap itu dan kacau di atas api perlahan hingga kental. Masukkan 1 cawan sapi dan buah pelaga kacau hingga sebati, masukkan minyak yang selebihnya. Sudukan minyak ke dalam mangkuk, kacau hingga halus, kental dan berminyak.