Gulungan Pudina

Ramuan / Bahan

250 gm keju krim
2 biji kuning telur
70 gm gula kastor
80 gm mentega
80 gm tepung kastard
100 gm tepung berserbuk penaik
140 gm tepung serba guna
6 sudu besar tepung beras
½ camca teh soda penaik
4 sudu besar kas kas
½ camca teh esen pudina
Beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara

Putar krim keju bersama kuning telur, gula kastor dan mentega hingga sebati.

Masukkan tepung kastard bersama tepung berserbuk penaik, tepung serba guna, tepung beras dan soda penaik. Uli hingga menjadi doh.

Bahagikan doh kepada dua bahagian. Masukkan kas kas bersama esen pudina dan pewarna hijau pada sebahagian doh.

Canai nipis kedua-dua doh. Letak doh hijau di atas doh biasa. Gulung kemas-kemas. Simpan gulungan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Hiris doh setebal 1/2 cm. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius hingga keperangan.