Gulungan Buah

Ramuan / Bahan

90 gm mentega
1 camca teh parutan kulit limau
40 gm gula aising, diayak
1 biji telur
100 gm tepung beserbuk penaik
70 gm tepung gandum
75 gm keju krim - bahan inti Bahan inti:
2 camca besar hirisan pala bergula
2 camca besar hirisan nanas kering
2 camca besar hirisan aprikot kering
2 camca besar hirisan epal kering
Perahan 1 biji limau
1 ½ camca besar tepung gandum

Cara-cara

Putar mentega bersama kulit limau, gula dan telur hingga kembang. Masukkan kedua-dua jenis tepung yang diayak bersama dan uli perlahan-lahan hingga menjadi doh lembut. Simpan doh di dalam peti sejuk 30 minit. Sementara itu gaul semua bahan inti hingga sebati. Bahagikan doh empat bahagian. Berlapikkan plastik atas dan bawah, canai doh selebar 15 cm x 10 cm. Ratakan bahan inti di atasnya. Gulung doh. Bungkus doh dengan kertas timah dan simpan semula di dalam peti sejuk 30 minit. Buka kertas timah dan potong gulungan setebal 4 mm. Bakar adunan pada suhu 190'C atau hingga adunan masak. Biar 5 minit sebelum disejukkan di atas redai.