Gulung Kurma Berkismis

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
30 gm gula halus
1 biji telur
150 gm tepung halus
30 gm tepung kastard
20 gm tepung jagung
2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan hiasan:
1 biji kuning telur
2 sudu teh susu segar
50 gm badam hiris Bahan-bahan inti:
100 gm kurma (buang biji dan cincang halus)
50 gm kismis (dicincang halus)
1 sudu besar perahan limau oren
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Sedikit air

Cara-cara

Putar mentega bersama gula halus hingga ia kembang. Masukkan telur, putar ia sebentar. Masukkan tepung halus bersama tepung kastard, tepung jagung dan esen vanila. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Canai adunan 5 mm tebal. Potong doh segi empat ukuran 6 cm x 4 cm. Bubuh sedikit inti di tengahnya. Gulung ia kemas-kemas. Sapu bancuhan telur pada permukaan doh. Atur badam hiris di atasnya. Susun doh berinti di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 30 minit. Untuk membuat inti, masak semua bahan di dalam periuk di atas api sederhana hingga ia lembut sambil dikacau selalu. Biar ia sejuk.