Gulung Kurma Bercornflakes

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
1 biji kuning telur
½ cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila ¾ cawan tepung jagung
1 ½ cawan tepung gandum
100 gm cornflakes (dimesin halus)
Secukup kurma (dipotong memanjang)

Cara-cara

Satukan mentega dan gula. Masukkan telur dan esen vanila.

Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan uli sebati.

Canai adunan dan potong memanjang. Letakkan kurma dan gulung kira-kira sepanjang setengah jari.

Celup di dalam cornflakes dan bakar sehingga kekuningan.