Dodol

Ramuan / Bahan

1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

Cara-cara

Bancuh tepung beras & tepung pulut dengan santan setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air & daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau & bila setengah masak, masukkan pati santan & terus kacau sehingga masak. Bila telah masak bolehlah diangkat & sejukkan.