Kuih Tepung Bunga

Ramuan / Bahan

250 gm tepung pulut
50 gm tepung beras
½ sudu kecil garam
2 biji telur 1 ½ liter minyak masak
200 ml santan
200 gm gula

Cara-cara

Panaskan santan dahulu masukkan garam. Biarkan hingga mendidih angkat dan sejukkan. Satukan tepung pulut dengan tepung beras. Uli hingga sebati, bulatkan satu persatu hingga habis. Bulat-bulatkan adunan. Pukul telur hingga sebati, panaskan minyak masak. Celup adunan dalam telur dan goreng hingga masak. Angkat dan gaul dengan gula.