Coklat Croquant

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
130 gm gula pasir
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanilin 100 gm oat (dikisar)
3 sudu besar serbuk koko
250 gm tepung kek
Secukup croquant untuk hiasan

Cara-cara

Tepung kek, oat, serbuk koko, gula & kuning telur digaul sebati. Masukkan mentega & uli lagi sampai sebati. Canai adunan mengikut tebal yang anda suka. Terap mengikut acuan yang digemari. Sapukan putih telur di permukaan biskut.
Taburkan croquant sebagai hiasan. Bakar 40 minit pada suhu 180C