Cincin Harmoni

Ramuan / Bahan

150 gm mentega
100 gm gula perang
1 biji kuning telur
½ cawan kelapa
2 sudu besar serbuk badam 80 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
100 gm nestum (dikisar halus)
1 sudu teh esen vanila
Jem strawberi secukupnya

Cara-cara

Pukul mentega dan gula. Masukkan telur, esen vanila serta bahan -bahan lain.

Uli adunan sehingga menjadi doh. Canai dan terap dengan dua jenis acuan, satu bulat dan satu lagi seperti cincin.

Sapu kuning telur dan nestum pada biskut seperti cincin. Bakar sehingga ia masak.

Apabila kesemua biskut masak, sapu jem pada biskut yang bulat dan letakkan biskut berbentuk cincin.