Kuih Taming Sari

Ramuan / Bahan

1 mangkuk telur anggaran 8 biji
1 mangkuk gula pasir 1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
1 genggam tepung kacang hijau

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut sambil dikacaukan hingga sebati. Setelah itu ditapis ke dalam loyang. Masukkan loyang ini ke dalam tempat pengukus tetapi jangan tutupkan dulu penutupnya. Sambil itu kacaulah adunan ini sehingga sebati serta rata. Kemudian tutupkan kukus dan kukuslah sehingga masak. Bila telah masak boleh dikeluarkan dan sejukkan sebentar sebelum dipotong untuk dihidangkan.