Biskut Vianasia

Ramuan / Bahan

1000 gm tepung
600 gm mentega
600 gm gula aising
600 gm badam 400 gm parutan kulit oren (dicincang)
250 gm telur
Serbuk cengkih dan parutan lemon
Pewarna oren dan hijau

Cara-cara

Gaulkan tepung, mentega, gula aising, badam kisar, parutan kulit oren, telur dan rempah hingga sebati. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi dengan pewarna oren. Bentukkan doh tadi dengan bentuk silinder panjang dan kecil seperti tali dan potong. Bakar hingga masak, setelah masak keluarkan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam coklat yang telah dicairkan.