Biskut Tanpa Mentega

Ramuan / Bahan

250 gm gula halus
2 biji telur
3 biji kuning telur
300 gm tepung gandum 1 camca teh serbuk penaik
1 biji parutan kulit limau
Gula pasir aneka warna (hiasan)

Cara-cara

Putar gula bersama telur dan kuning telur hingga kembang. Jika menggunakan pengadun elektrik kecil, putar pada kelajuan tinggi 3 minit. Ayak tepung bersama serbuk penaik ke dalam adunan. Masukkan parutan kulit limau. Kacau perlahan-lahan. Masukkan adunan ke dalam beg paiping dan picit membulat. Tabur gula pasir yang diwarnakan pada permukaan adunan. Simpan sejam di dalam peti sejuk sebelum dibakar 10-15 minit.