Biskut Swiss

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
40 gm gula halus
1 biji kuning telur
40 gm serbuk badam 200 gm tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
ΒΌ camca teh garam
Jem strawberi, aising mentega dan ceri

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 175'C. Lengserkan dulang bakar dengan sedikit mentega. Putar mentega bersama gula hingga sebati. Masukkan telur dan badam. Kacau rata. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam ke dalam adunan. Uli perlahan-lahan menjadi doh. Canai doh dan terap setebal 4 mm. Susun di atas dulang bakar dan bakar 30 minit. Apabila biskut sejuk, tangkupkan dua keping biskut dengan menyapukan jem di tengah-tengahnya. Jika suka, hias biskut dengan gula aising serta ceri di atasnya.