Biskut Strawberi

Ramuan / Bahan

200 gm mentega
90 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 camca teh esen strawberi 1 sudu besar badam tumbuk
Sedikit kelapa kering dicampur pewarna merah
Badam untuk inti

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula dan esen strawberi.

Masukkan tepung dan badam tumbuk. Gaul rata.

Bentukkan adunan seperti buah strawberi. Bubuh sebiji badam di dalamnya.

Golekkan pada kelapa berwarna merah. Kemudian, bakar selama 20 minit