Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Biskut Rose

Ramuan / Bahan

150 gm tepung jagung
40 gm tepung gandum
1 ½ sudu besar susu tepung
1 biji kuning telur
110 gm mentega 50 gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
Secukup mangkuk kertas
Sedikit ceri merah (sebagai hiasan)

Cara-cara

Gaul bersama tepung jagung, tepung gandum dan susu tepung.

Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, esen vanila dan tepung tadi. Gaul sehingga ia sebati.

Masukkan ke dalam acuan dan picit di dalam mangkuk kertas.

Hias dengan ceri merah dan bakar sehingga ia masak.