Biskut Kacang Hazel

Ramuan / Bahan

¼ cawan mentega tanpa garam
¼ cawan marjerin
1 cawan gula perang
1 biji telur ayam
½ camca teh esen vanila 1 cawan kacang hazel, ditumbuk halus
1 ¼ cawan tepung serba guna - diayak bersama
Sedikit garam - diayak bersama
¼ teh serbuk penaik - diayak bersama

Cara-cara

Pukul mentega bersama marjerin dan gula perang hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama dan kacang hazel. Gaul hingga sebati. Lengser dulang bakar dengan sedikit mentega dan susun adunan menggunakan camca teh. Jarakkan adunan 5 cm di antara satu sama lain. Hiaskan kacang hazel di atas biskut. Kemudian bakar 15 minit pada suhu 170'C. Biskut ini mudah kembang ketika bakar.