Biskut Jelly Tot

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
30 gm susu tepung
½ camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
1 camca teh garam
150 gm gula kasar, dikisar menjadi tepung 60 gm tepung kastard
350 gm tepung gandum
1 biji putih telur
1 biji telur
Gula-gula jelly tot secukupnya
Emping jagung secukupnya

Cara-cara

Mentega, gula dan telur dikacau rata.

Masukkan vanila dan garam. Kacau lagi. Kemudian, masukkan tepung gandum bercampur serbuk penaik dan tepung kastard. Kacau sebati.

Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan seperti guli. Kemudian celupkan ke dalam putih telur dan golek-golekkan pada emping jagung.

Masukkan ke dalam cawan kertas. Letakkan sebiji gula-gula jelly tot di atasnya. Bakar hingga masak.