Biskut Gajus Berbadam

Ramuan / Bahan

100 gm tepung berserbuk penaik
30 gm lemak sayuran
50 gm mentega
2 biji telur 100 gm serpihan coklat
50 gm gajus rangup, dihiris kasar
50 gm badam (berkulit), dibakar dan dihiris nipis

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 190'C. Lengserkan tin bakar dengan sedikit mentega. Gaul tepung bersama lemak sayuran, mentega dan telur hingga gebu. Masukkan serpihan coklat, gajus dan badam. Gaul rata. Gunakan camca teh untuk membentuk adunan bulat-bulat di atas tin, leperkan sedikit dan bakar hingga masak.