Biskut Emping Jagung Karamel

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
½ cawan gula perang
½ cawan gula halus
½ cawan kelapa parut 3 cawan Kellogg's Corn Flakes
½ cawan campuran kacang (badam, hazel, kacang tanah dan walnat)
1 biji telur

Cara-cara

Campurkan mentega, gula kastor dan gula perang di dalam periuk dan masak sehingga mentega cair. Masukkan kelapa parut, emping jagung, pelbagai kacang dan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Bulat-bulatkan dan tekan dengan jari sedikit supaya leper. Bakar menggunakan api sederhana 10 minit atau hingga biskut berwarna kuning emas. Biarkan ia sejuk baru diangkat.