Biskut Badam Rapuh

Ramuan / Bahan

180 gm mentega tanpa garam
240 gm tepung serba guna
120 gm gula aising
Secubit garam ½ cawan badam hiris
1 biji limau susu, diambil airnya serta diparut kulitnya
Sedikit gula halus
Gula aising sebagai hiasan

Cara-cara

Gaul mentega bersama tepung, gula aising, garam dan badam hingga rata. Masukkan perahan limau susu, kulit limau susu dan gaul hingga sebati. Gulung adunan memanjang dan golek-golekkan adunan pada gula halus. Bungkus adunan di dalam plastik dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Keluarkan adunan dan potong bulat-bulat atau sesuka hati. Susun adunan di atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Bakar 8-10 minit pada suhu 200'C. Jika suka, sapu kuning telur pada permukaan biskut sebelum dibakar. Kemudian sejukkan biskut baru diayak sedikit gula aising di atasnya.