Kuih Som

Ramuan / Bahan

Daun pisang secukupnya
5 cawan santan daripada sebiji kelapa
2 ½ cawan tepung beras 1 ½ cawan gula pasir
¼ sudu teh garam

Cara-cara

Daun pisang dipotong seperti untuk membuat lepat. Layur daun itu terlebih dahulu. Satukan santan, tepung beras, gula dan garam di dalam kuali. Kacau tanpa henti di atas api perlahan hingga kental. Angkat dan ketepikan. Ambil 1 sudu besar adunan tadi, letakkan di tengah daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat. Kukus 15 minit sebelum dihidangkan.