Biscotti

Ramuan / Bahan

1 ¾ cawan tepung serba guna
1 cawan gula halus
½ camca teh serbuk penaik
¼ camca teh garam
4 camca besar mentega tanpa garam, disejukkan dan didadu
1 camca teh esen vanila ½ cawan ceri merah, dicincang
1 ½ cawan pistacio, dibuang kulit
2 biji telur, dipukul sedikit
Gula aising untuk tabur
Coklat cair

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan dulang pembakar dengan sedikit mentega. Masukkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam pengadun elektrik dan putar seminit. Masukkan mentega, esen vanila dan ceri lalu putar sebentar hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan pistacio dan telur, putar seminit lagi. Kemudian bahagi adunan 4 bahagian. Tabur sedikit tepung pada papan canai dan canai serta gulung setiap bahagian adunan memanjang 20 cm. Letakkan adunan di atas dulang bakar jarak 10 cm di antara satu sama lain. Menggunakan jari, leperkan sedikit adunan dan tabur gula di atasnya. Bakar 25 minit atau hingga kuning. Keluarkan biskut dan sejukkan setengah jam. Kerat-kerat biskut setebal 1.25 cm. Bakar semula 7 minit lagi. Angkat biskut dan sejukkan. Tabur lagi gula aising atau celup sebahagian biskut ke dalam coklat cair.