Bintang Keju Krim Bercoklat

Ramuan / Bahan

90 gm marjerin
100 gm mentega
75 gm keju krim
80 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu segar 1 sudu teh pewarna kuning telur
250 gm tepung halus
30 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
80 gm serpihan coklat (hiasan)

Cara-cara

Putar marjerin bersama mentega, keju krim dan guka halus hingga ia kembang. Masukkan telur bersama susu segar dan pewarna kuning telur. Putar sebentar hingga ia sebati. Masukkan tepung halus bersama tepung kastard dan tepung jagung perlahan-lahan. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Jika perlu, sejukkan doh dahulu di dalam peti sejuk, sebentar. Bentuk doh bebola sederhana besar. Potong di atasnya dengan pisau tajam bentuk bintang atau diterap dengan acuan pilihan. Kembangkan bekas potongan. Tabur serpihan coklat di dalamnya. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 15 minit.