Pengat Ubi Kayu

Ramuan / Bahan

2 ketul ubi kayu
2 senduk gula pasir (secukup manis)
2 mangkuk santan kelapa (diambil daripada sebiji kelapa) 2 helai daun pandan (dicarik-carik dan simpulkan)
Sedikit garam

Cara-cara

Kupas kulit ubi dan bersihkan. Kemudian potong kecil-kecil dan toskan. Masukkan ubi kayu, santan dan gula pasir ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan. Jerang periuk ke atas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak bergentel. Kemudian masukkan sedikit garam. Apabila ubi telah empuk dan cukup pekat, sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak, bolehlah diangkat.