Pengat Pisang (I)

Ramuan / Bahan

15 biji pisang
6 ml santan
3 helai daun pandan 6 sudu besar gula merah
5 sudu besar sagu
3 sudu besar jagung manis

Cara-cara

Campurkan santan, gula merah, sagu, jagung manis, daun pandan di dalam periuk & masak hingga mendidih. Biarkan 15 minit di atas api kecil. Masukkan pisang ke dalam campuran itu & biarkan lima minit sebelum diangkat. Buang daun pandan, kemudian hidangkan di dalam mangkuk kecil.