Pengat Keledek (II)

Ramuan / Bahan

1 kg keledek
3 mangkuk santan, daripada sebiji kelapa
2 cawan gula, manis mengikut suka 2 helai daun pandan
Sedikit garam
Air untuk merebus

Cara-cara

Keledek dibuang kulit dan dipotong mengikut suka. Masukkan air di dalam periuk dan masukkan keledek. Rebus keledek hingga empuk. Kemudian masukkan gula. Masak hingga gula larut baru masukkan daun pandan, garam dan santan. Biar hingga mendidih. Baru diangkat.