Kuih Pau Goreng

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan Untuk Membuat Tepung Pau:

500g tepung kuih pau
6g instant yeast
50g minyak sayur
setengah sudu teh garam
100g gula halus
250g air suam
Bahan-Bahan Untuk Membuat Inti Pau:

200 gm kacang merah
100 gm gula perang
Sedikit pewarna merah
Satu sudu teh garam
3 sudu besar minyak makan

Cara-cara

Untuk Bahagian Tepung Pau:

Satukan air,yeast,minyak,gula dan garam dan masukkan bahan-bahan ini ke dalam tepung.
Uli adunan itu selama 5 minit.
Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
Setelah 10 minit,ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan.
Alaskan doh dengan kertas 'tracing' danbuat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi selama 1 jam.
Selepas satu jam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya.
Goreng sehingga warna kecoklatan.

Cara-Cara Membuat Inti Pau:

Rebus kacang separuh kembang,setelah itu masukkan kacang dan air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
Satukan bahan-bahan inti tadi dan masak hingga pekat.
Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.