Pengat Keladi

Ramuan / Bahan

1 kg keladi
3 cawan santan, daripada sebiji kelapa
2 cawan gula 2 helai daun pandan
Sedikit sagu biji dan garam
Air untuk merebus

Cara-cara

Keladi dibuang kulit dan dibersihkan.
Potong mengikut suka. Rebus keladi hingga empuk. Masukkan gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Masukkan santan, garam dan sagu biji. Biar hingga mendidih baru diangkat.