Pengat Durian

Ramuan / Bahan

2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka 2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.