Bubur Pulut Hitam Dengan Nangka

Ramuan / Bahan

250 gm beras pulut hitam
250 gm ubi keladi - dipotong dadu
250 gm ubi manis - dipotong dadu
5 hingga 6 ulas nangka - dipotong dadu 100 gm sagu
350 gm gula
1.5 liter santan
3 helai daun pandan

Cara-cara

Rebus beras pulut hitam dengan air hingga lembut. Rebus ubi keladi dan ubi manis hingga empuk. Panaskan periuk, tuangkan santan dan didihkan. Masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Masukkan gula secukup rasa dan angkat. Sedia untuk dihidangkan pencuci mulut dan minum petang.