Bubur Pulut Hitam (III)

Ramuan / Bahan

2 cawan pulut hitam
1 biji kelapa parut, ambil 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair
½ cawan gula ½ camca teh garam
2 helai daun pandan

Cara-cara

Bersihkan pulut hitam dan rebuskan hingga empuk. Masukkan gula, santan cair dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan santan pekat dan garam. Kacau hingga rata dan angkat.