Kuih Oat Dan Epal

Ramuan / Bahan

1 ½ cawan tepung wholemeal
¼ sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
1 ½ cawan oat
220 gm mentega 2 sudu besar madu
2 sudu teh jus lemon
¾ sudu teh serbuk kayu manis
¼ sudu teh parutan kulit lemon
3 biji epal, kupas dan hiris nipis

Cara-cara

Gaul tepung, serbuk penaik, garam dan oat. Masukkan pula gula perang. Dengan menggunakan hujung jari, gaul 180 gm mentega denga tepung tadi hingga adunan menjadi serbuk roti. Setelah itu gaul sebati dan uli hingga lembut. Tekankan separuh daripada adunan ke dalam acuan. Sementara itu cairkan baki mentega sebanyak 40 gm dan masukkan epal, madu, jus lemon, serbuk kayu manis dan parutan lemon. Ratakan ke atas adunan tepung yang di dalam acuan. Tutupkan dengan baki adunan tepung tadi, tekan perlahan. Bakar hingga keperangan selama 20 hingga 25 minit.