Bubur Pedas Sarawak

Ramuan / Bahan

1 bungkus rempah bubur pedas(mungkin hanya terdapat di Sarawak sahaja)
1 biji keledek (saiz sederhana)
250 gram udang (boleh digantikan daging atau ayam)
3 batang kacang panjang
1 biji terung panjang
sedikit udang kering
1 batang serai
sedikit suun. 3-4 batang jagung muda
sedikit daun cekur manis
2 helai daun kunyit
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2-3 biji cili merah
1 cm belacan

Cara-cara

Tumis bawang merah,bawang putih,belacan,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,masukkan serai,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan udang dan kesemua sayur-sayuran. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan.