Bubur Pancawarna

Ramuan / Bahan

Bahan-bahannya:
300 gm tepung pulut
1 ½ biji kepala (diambil santan)
tepung caca (warna-warni)-dibasuh dan toskan
½ cawan sagu biji-dibasuh dan toskan
pewarna merah,kuning,hijau
Gula
sedikit garam

Cara-cara

1. Gaulkan tepung pulut dengan air suam, sedikit santan dan garam.
2. Gaulkan semuanya sehingga menjadi doh lembut yang boleh dicanai.
3. Bahagikan adunan doh kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan merah,hijau dan kuning.
4. Cubit adunan doh kecil-kecil dan buatkan saiz sebesar guli dan tekan sedikit ditengahnya.
5. Didihkan air di dalam periuk, masukkan adunan yang telah dibentuk menjadi bebola ke dalam periuk.
6. Angkat dan toskan adunan tepung pulut yang telah masak (cara menentukan tepung boleh diangkat - bila tepung terapung di permukaan air mendidih)
7. Panaskan santan, kacau rata-rata.
8. Bila santan sudah mendidih dan tidak mentah, masukkan bebola tepung pulut, tepung caca dan sagu biji.
9. Masukkan gula secukup rasa.
10. Kacau sebentar sehingga gula larut dan bolehlah diangkat.
11. Hidangkan.